Monday, March 22, 2010

3 TIPS MUDAH SKOR A DALAM PERAKAUNAN AA025

1. Fahamkan konsep penting - contohnya konsep kos produk, konsep unit setara dll.
2. Tahu formula-formula penting - contohnya Kos prima = BML + BL, Unit setara = unit siap + KDP akhir x % siap
3. Banyakkan buat latihan - buat latihan yang sama berulang-ulang kali supaya mahir dalam langkah penyelesaian.

"LEBIH MUDAH UNTUK LULUS DARIPADA GAGAL"

SELAMAT BERJAYA DALAM PSPM 2 UNTUK SEMUA PELAJAR PERAKAUNAN KMPk

Saturday, August 2, 2008

BANK SOALAN - BAB 4 DAN 5

BANK SOALAN ON TOPICS 4 - 5 TO BE DONE DURING MID-SEMESTER BREAK.
AVAILABLE AT ACCOUNTING UNIT.

Make sure to do your revision an all topics already covered during lecture.

HAPPY HOLIDAYS!

Friday, July 11, 2008

Selamat Datang

Assalamualaikum dan Selamat Datang

Program Perakaunan Matrikulasi

Program Matrikulasi Perakaunan terdiri daripada 2 komponen utama:
1) Perakaunan Kewangan (AA015)
2) Perakaunan Pengurusan (AA025)

Perakaunan Kewangan dilaksanakan dalam semester 1 (18 minggu = 90 jam pertembungan). Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang konsep-konsep asas perakaunan seterusnya cara yang sistematik untuk membuat pelaporan kepada pengguna luaran maklumat perakaunan. Pelajar-pelajar didedahkan dengan tatacara pelaporan yang sistematik berdasarkan garispanduan prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum.

Perakaunan Pengurusan pula dilaksanakan dalam semester 2 (18 minggu = 90 jam pertembungan). Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar bagaimana maklumat perakaunan berguna kepada pengguna dalaman; pihak pengurusan. Pelajar-pelajar didedahkan dengan bentuk pelaporan yang dapat membantu pihak pengurusan membuat keputusan.

Penilaian dibuat pada akhir setiap semester. Kaedah penilaian adalah seperti berikut:

Penilaian berterusan:
i) Tugasan - 6%
ii) Kuiz - 4%
iii) Ujian pertengahan semester - 10%
iv) Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (akhir semester) - 80%
Unit Perakaunan
Kolej Matrikulasi Perak
31600 Gopeng
Perak
Malaysia
Tel 605-3511384