Friday, July 11, 2008

Selamat Datang

Assalamualaikum dan Selamat Datang

Program Perakaunan Matrikulasi

Program Matrikulasi Perakaunan terdiri daripada 2 komponen utama:
1) Perakaunan Kewangan (AA015)
2) Perakaunan Pengurusan (AA025)

Perakaunan Kewangan dilaksanakan dalam semester 1 (18 minggu = 90 jam pertembungan). Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang konsep-konsep asas perakaunan seterusnya cara yang sistematik untuk membuat pelaporan kepada pengguna luaran maklumat perakaunan. Pelajar-pelajar didedahkan dengan tatacara pelaporan yang sistematik berdasarkan garispanduan prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum.

Perakaunan Pengurusan pula dilaksanakan dalam semester 2 (18 minggu = 90 jam pertembungan). Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar bagaimana maklumat perakaunan berguna kepada pengguna dalaman; pihak pengurusan. Pelajar-pelajar didedahkan dengan bentuk pelaporan yang dapat membantu pihak pengurusan membuat keputusan.

Penilaian dibuat pada akhir setiap semester. Kaedah penilaian adalah seperti berikut:

Penilaian berterusan:
i) Tugasan - 6%
ii) Kuiz - 4%
iii) Ujian pertengahan semester - 10%
iv) Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (akhir semester) - 80%
Unit Perakaunan
Kolej Matrikulasi Perak
31600 Gopeng
Perak
Malaysia
Tel 605-3511384